Dec 29, 2010

Dah nak habis tahun ni, aku tiba-tiba dilanda swing mood.



Aku sedut kopi O ais yang terhidang dihadapan aku. Aku biarkan seketika di dalam mulut sebelum aku telan. Terasa pahit melekat di tekak. Memang sengaja aku order pekat dan kurang manis. Di kiri, kanan dan hadapan aku, rakan-rakan rancak berbual. Tapi tiada satu pon yang dapat aku tangkap. LOST.

Aku habiskan baki kopi O ais di dalam gelas sebelum bangun meninggalkan rakan-rakan. Baru beberapa langkah, aku terdengar nama aku dipanggil. Aku dah malas nak pusing ke belakang.

Haih..

Dec 28, 2010

Jenuh ratah udang.



Aku tak tahu apa nama tempat ni. Rakan sekerja bawa aku ke sini. Kedai yang buruk. Macam warung dekat kampung. Seorang makan, RM32.00 untuk sepinggan spageti dan segelas teh o ais limau. Sewaktu berjalan menuju ke kereta, si S yang juga dikenakan bayaran yang sama macam aku buka mulut, "nasib baik esok dah gaji".

Dec 27, 2010

Breakfast #2



Aku ringankan tulang sediakan sarapan sendiri. Rendamkan oat dalam air panas dan goreng telur. Kombinasi telur goreng dengan oat agak ok berbanding sardin dengan oat. Senang cerita, tekak aku boleh terima. Tak tahu pula tekak orang lain.

Dec 26, 2010

Double Trouble.



Telinga aku dapat tangkap bunyi-bunyian sumbang sewaktu Search dan Wings sedang beraksi atas pentas. Sound system tak cukup gempak kot. Pada aku, Double Trouble di Mont Kiara sebelum ni lebih cun. Apa-apa pon, aku enjoy. Daripada aku melepak atas katil layan porno, lebih baik aku datang Sunway layan Search dan Wings.

Dec 25, 2010

Malam krismas.



Selepas waktu kerja, bersama 3 orang lagi rakan sekerja menghabiskan masa dan menghilangkan stress kerja selama 1 jam di pusat karaoke. 4 lagu yang dinyanyikan;

1) Akan ku kenang - Junction
2) Heavy chains - Loudness
3) Aku & kamu - Flop Poppy
4) Whiskey in the jar - Metallica

Dec 24, 2010

Takde rezeki..



Petang yang mendung. Sejuk dan berangin. 2 jam duduk penuh tawaduk di tepi kolam pancing ikan tidak mendatangkan hasil. Ikan-ikan dah start cuti krismas kot..

Dec 23, 2010

Breakfast



Sebenarnya aku mengantuk. 24jam berkerja. Tapi gagal untuk tidur. Pulang ke rumah aku masak sardin dan kacaukan oat dalam air panas untuk sarapan. Kombinasi sardin dengan oat menghasilkan satu rasa yang lain macam. Senang cerita; TAK SEDAP. Tapi aku belasah je.

Apa ada hal..

Dec 21, 2010

Krisis.



Berlari dengan fikiran yang berkecamuk dan hati yang tak tenteram adalah memenatkan. Beberapa minit kemudian, M yang jauh aku tinggalkan di belakang tiba di tempat aku berehat.

"Aku tengok kau monyok semacam 2-3 hari ni. Krisis di pertengahan hidup kot. Mungkin kau patut berkahwin.."

Aku yang kepenatan hanya mampu tersenyum dan buat-buat sibuk ambil gambar guna handphone.

Dec 20, 2010

Kak Limah.



Setelah beberapa bulan, aku kembali menjejakkan kaki ke GSC Mid Valley. Aku tak pandai nak review pasal filem. Senang cerita, Hantu Kak Limah Balik Rumah memang kelakar. Keluar DVD nanti aku beli, simpan buat koleksi.

Dec 19, 2010

Kambing.



2 hari berturut-turut pergi kenduri dan hadap lauk yang sama. Kambing. Ada lauk lain, tapi nafsu terhadap daging kambing lebih membara. Time nak tidur malam berpeluh-peluh satu badan. Fuhh..

Dec 18, 2010

Hujan pagi.



Terasa sangat dingin. Tak banyak benda yang boleh dibuat. Cuba untuk tidur semula. Gagal. Fikiran tiba-tiba ligat memikirkan hari cuti macam ni apa kejadah aktiviti yang patut aku buat. Haih..

Oh kekasih lama, semalam apa pasal tak datang hangout dalam mimpi aku. Bukan aku nak buat benda bukan-bukan pon. Borak-borak je.

Busy jaga suami kah?

Dec 17, 2010

Hujan malam.



Terasa sangat dingin. Tak banyak benda yang boleh dibuat. Petik gitar. Sumbang. Fikiran tiba-tiba ligat memikirkan kekasih lama yang ntah apa cerita. Aku buka semula folder gambar antara kami berdua. Belek satu persatu..

Oh.. malam ini terasa semakin dingin. Mata menjadi semakin berat. Aku mahu tidur dahulu..

Oh lagi satu, datang dalam mimpi aku ya malam ini..

Dec 16, 2010

Soulmate? Soon..



Pakaian 4 hari atau 5 hari atau 6 hari lepas. Kalau ada isteri, mungkin baldi aku tak penuh macam ni. Kalau..

Minuman kesihatan.



Ini minuman yang aku minum setiap pagi. Terasa sangat rugi kalau aku kongsi minuman ini dengan housemate. Mahal sial!

Heh..

Dec 15, 2010

Cuci mata.



Pulang dari kerja, singgah sebentar cuci mata tengok barang terpakai di sebuah gudang. Dari seluar dalam, selipar jepun, alat tulis, periuk nasi, sampai lah ke mesin basuh. Macam-macam ada. Tapi tiada yang berkenan di hati.

Dec 13, 2010

Karaoke



Setelah kekenyangan, karaoke adalah perkara pertama yang muncul dalam kepala aku. Dan lagu pertama yang aku pilih, adalah Suralaya Dalam D Major. Tak pasti kenapa kebelakangan ni aku sangat gemarkan lagu ini.

Hehe..

J dari luar bilik terjerit-jerit ajak makan.



Panas dan mati kutu. Hanya mampu terbaring di atas tilam, memandang ke arah siling sambil mendengar lagu-lagu Amy Search dari album Ikon A Rockstar Chronicle. Full volume.

Ahh.. Suralaya Dalam D Major sangat layan..

Dec 12, 2010

Jogging.



Berjogging di sekeliling tasik di hadapan Amcorp Mall sambil telinga dijamukan dengan lagu-lagu Blood for Blood. 5 pusingan dan terduduk di pelantar di tengah tasik sambil memandang matahari yang semakin terbenam.

Haih. Mana pergi awek-awek hot? Tak turun jogging kah?

Dec 11, 2010

Santai



Agak susah lah aku nak lepak depan tv layan drama ke apa ke. Aku banyak habiskan masa dalam bilik. Cuma sekali-sekala lepak depan tv dan aku akan hadap channel 711. Layan sitkom. Lain punya channel tak stim.

Dec 9, 2010

Drugs don't work.



Pain killer langsung tak membantu melegakan kesakitan hati yang remuk akibat ditinggalkan perempuan yang aku sayang.

Dec 8, 2010

Dec 7, 2010

No pain, no gain.



Dah 2 atau 3 tahun kot beli. Haram tak angkat sangat pon. Hangat-hangat tahi ayam.

Dec 6, 2010

Bundle



J masuk bilik aku. Berbual-bual kosong kemudian komplen, "masuk bilik kau macam masuk kedai bundle sial.."