Jun 30, 2011

Bukit Jalil.



Kali pertama aku jejakkan kaki tengok Malaysia lawan Taiwan di Bukit Jalil. Nasib baik menang.

Apr 3, 2011

Panjat bukit.



Oh.. hari ni badan terasa lenguh-lenguh. Nak bangun dari katil untuk bersarapan pon terasa malas. Tapi tetap enjois. Akan buat lagi di masa hadapan.

Mar 25, 2011

Beberapa hari menikmati hidup luar dari Selangor.



Dan apabila pulang semula ke Petaling Jaya, tilam, selimut dan bantal ini adalah sesuatu yang sangat aku berahikan. Terasa sangat syahdu.

Oh..

Mar 5, 2011

Krisis di pertengahan hidup.



Setiap minggu main futsal. Kalau tak main, terasa seperti ada sesuatu yang kurang dalam hidup. Tapi tadi lain sikit. M, sms ajak main futsal. Aku tiada mood. Jadi aku tolak ajakan dia. Aku bagi alasan nak layan porno malam ni.

:)

Feb 22, 2011

Kali terakhir aku datang ke Lumut mungkin 5 atau 6 tahun lepas.



Hari ini, sebelum sempat matahari terbit, aku duduk seorang diri di balkoni hotel, bertemankan sebotol Barbican berperisan lemon, dan aku lontarkan pandangan aku jauh-jauh ke lautan di hadapan aku.

Ah.. sejuk dan mendamaikan.

Feb 6, 2011

Perjalanan pergi dan balik adalah membosankan.



3 hari 2 malam bercuti di kampung. Sepanjang tempoh percutian, selain bertindak sebagai ibu, emak juga merupakan satu-satunya kawan yang ada di kampung. Tak banyak yang dibualkan sebenarnya. Cuma ada terdengar emak buka cerita bab kahwin. Aku buat endah tak endah sambil layan filem di HBO.

Jan 26, 2011

Aku rindukan kalian. Serius.



Kita semua banyak habiskan masa di sini selepas habis kelas malam. Pekena kuew tiau goreng, kepak ayam madu, nasi lemak, roti canai, nasi kandar, etc. Berbual macam-macam hal. Bila dah graduate, dah dapat kerja tetap, dan ada yang telah berkahwin, kita semua sudah tidak semesra dulu. Makin lama makin renggang.

Dalam seminggu aku akan lalu kawasan ni lebih 10 kali. Dan tiap kali aku lalu kawasan ni, aku teringatkan kalian.

Kalian tak ingat aku kah?

Jan 20, 2011

Bundle #2



Ini t-shirt yang aku tengok dalam satu kedai bundle pasar malam berhampiran rumah aku. Kalau dulu, aku mungkin akan beli t-shirt ni, dan pakai tanpa fikirkan pandangan orang sekeliling. Tapi sekarang tidak sama sekali. Dah 2011. Tua dah.

Jan 16, 2011

Ada 1,000,000 sebab musabab kenapa aku tak hisap rokok.



Dan ini adalah sebab yang ke #792,447 kenapa aku tak hisap rokok. Dah jadi satu kerja pulak nak sapu abu dengan puntung rokok yang bersepah atas lantai akibat tersepak ashtray. Pundek!

Jan 1, 2011

Damn.. dah 2011. Usia makin meningkat..



Calon isteri yang sesuai masih belum berjaya ditemui. Tiada yang berkenan di hati. Mungkin juga tiada perempuan yang sudi kot. Kepada emak dan abah, anakmu ini akan sediakan menantu lain kali. Cuma makan masa sikit. Tahun ni releks dulu, ok?

:)